Monday, October 15, 2012

Terapi dalam Perubatan Islam Untuk Amalan

0
7:41 PM
Ini buku yang saya beli untuk panduan diri

Assalammulaikum dan salam sejahtera, saya mendoakan teman semua dalam keadaan sihat dan semoga Allah mempermudahkan semua urusan teman-teman dimana pun teman-teman semua berada. 

Alhamdulillah pada petang Isnin 15 Oktober 2012 sekitar jam 3.30 petang telah berlangsung ceramah bersama yang berbahagia Ustaz Sharhan Shafiee, antara pendukung perubatan islam di Malaysia. Pengalaman dan ilmu beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia perubatan islam banyak membantu umat islam khususnya dan umumnya masyarakat Malaysia.

Sedikit daripda yang dapat saya kongsikan kepada teman-teman manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu rohani dan jasmani. Malangnya pada hari ini manusia berebut-rebut untuk memenuhi keperluan jasmani tetapi rohaninya terpinggir jauh dari dirinya. Oleh yang demikian kehidupan manusia itu tidak seimbang dalam banyak perkara dari sudut berkeluarga, berkawan, berurus niaga dan banyak lagi.

Sekilas pandang kita juga dapat perasan bagaimana keseronokan masyarakat pada masa kini lebih berminat dan mengutamakan keduniaan dan akhiratnya terlalu sedikit yang menghampiri. Kita belumba-lumba mengejar kehebatan jasmani tetapi kehebatan rohani kita lemah, kita sanggup melabur untuk kecantikan jasmani tetapi berat untuk melabur dalam kecantikan rohani. 

Sedangkan kita tahu dan sedar bahawa jasmani dan rohani ini saling berkait. Bagaimana jasad yang tiada roh tentunya ia telah mati, begitulah sedikit perumpaan yang dapat saya kongsikan. Jika kita cantik kita tiada benteng agama maka kita akan mensia-mesiakan kecantikan, jika kita kaya raya tanpa fahaman agama kita akan bakhil dalam sedakah, jika kita hebat dengan keturunan tetapi kita tiada pimpinan agama untuk dijadikan panduan suatu masa kelak kita akan dihina dan dikeji kerana khilaf diri.

Di sini saya kongsikan antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menjaga jasmani dan rohani kita. Semoga dengan kekuatan amalan kita kepada Allah s.w.t. dapat kita membentengi diri kita daripada segala macam penyakit jasmani dan rohani. InsyaAllah.. 

Terapi Jasmani 



"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Ayub a.s. > surah al-anbiyaa' ayat 83

Jadikan potongan ayat al-Quran diatas sebagai amalan setiap kali lepas solat fardhu atau zikir, insyaAllah segala penyakit jasmani akan Allah s.w.t. hapuskan dari diri kita.


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
 "Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan dia adalah sebaik-baik pelindung" - zikir Nabi Ibrahim a.s. ketika diuji

Jadikan amalan dan zikir harian insyaAllah, segala ujian. permasalahan, kekusutan yang kita hadapi akan Allah s.w.t. ringankan bagi diri kita.

Terapi Rohani

Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadannya… al-israa' ayat 82

Jadikan amalan bagi diri kita setiap selepas solat, dan boleh juga bacakan kepada isteri, suami dan anak insyaAllah segala penyakit rohani akan Allah s.w.t. hapuskan dari dalam diri kita.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter