Thursday, July 7, 2011

Ikan Sambal Nyonya Style (Versi Nadi)

4
9:17 PM
Ikan Biji Nangka Sambal Nyonya Style (tp saya masak so ini "Nadi Style")

Assalammualaikum.. hye semua, apa khabar?
Okeh, arini saya nak kongsikan dengan korang semua 1 resepi...ahaha.. sy pun belajar resepi ni dari http://www.myresipi.com Tetiba bmula akhir bulan 6 dan memasuki awal bulan 7 ni sy mnjadi seorang yg rajin masak plak. klu nak taw sy ni dlu penah lar keje kedai makan (ada lar belajar masak). Tetapi yg pasti alasan nape blaja masak n merajinkan diri utk masak adalah kerana.. kene berjimat sebab ada rezeki nak sambung belajar. insyaAllah  ^__^

Hakikatnya masak sendiri dirumah adalah sangat menjimatkan kos seharian saya, hahaha..(dulu tak percaya mak ckp, skang dh percaya) tp mencabar gak, n rasa letih gak..yelah balik2 drpd keje ke dapur utk memasak (agakye mcm ni lar rs seorang suri yg penat2 balik keje, kemudian ke dapur msak utk suami) lagi satu memang mencabar lar, mula-mula saya masak telur dadar dengan ikan pekasam.. fuh!!...berjaya sebab goreng-goreng je kan. Selepas itu, saya masak asam pedas ikan biji nangka.. hahahaha.. terlebih asam. dh  rs ye termasam sikit. tp sebat je.. hahaha.. susah gak masak memasak nih... orang bujang lar katakan..

okeh, ni lar resepi baru yang saya cuba masak untuk saya.. hahaha, nama ye "Ikan Biji Nangka Sambal Nyonya Style" tp dh jd style Nadi. hahaha... ini dia resepinya n cara memasak ye..




Ikan Biji Nangka, kembung, ikan ape2 pun boleh ikut cita rasa korang ye. yang penting telah digoreng


2 biji Bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia muda
2 sudu teh belacan
3 biji tomato buah
1 batang serai (saiz besar)
1 sudu makan asam jawa
4 biji limau kasturi
5 sudu makan cii kisar
2 helai daun limau purut (jika suka)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
5 tangkai cili merah
1 senduk minyak masak
1/4 cawan air


Cara-cara

  1. Kisar bawang 1 biji bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia muda, belacan, tomato buah, cili kisar, cili merah
  2. Hiris 1 biji bawang besar, titik serai
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk sehingga kering.
  4. bancuh air bersama asam jawa dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis.
  5. masukkan ikan goreng, bawang yang telah dihiris, garam dan gula. Masak sehingga bawang layu.
  6. Padamkan api. Masukkan daun limau purut dan perahkan limau kasturi.
  7. Sedia untuk dihidang




Selamat Mencuba ^__^

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. walla....maju2...mst sedap ni...ad rasa cm tomyam sket x..?hehehee ikan biji nangka 2 cane eh?

    ReplyDelete
  2. huuuu..sikit ada kemajuan. sedap 2 klu tekak sy, xtaw tekak awk leh trima k x. hu3.. msk yg ni sy lbh letak daun limau, so ada pelik sikit rs ye >.< tp bila dh menikmati ngn nasi ilang plak, laju je mkn ye. ahaha..

    sy xdpt capai rs ye mcm tomyam, xtaw mn yg kurang..coz sepatutnya memang akn rs mcm tomyam..kene cube lg lar nih.

    ikan biji nangka mcm ikan kerisi..taw x ikan kerisi

    ReplyDelete
  3. sy taw mkn jek...hahahaaa rasa nye taw yg mama atin suka buat msk asam pedas 2 kn?

    ReplyDelete
  4. hmmmmm.. x.. mama masak asm pedas lg sedap. kene blaja nih. sy msk lepas tekak sendiri jela.. tekak awk...hmmm, kene cube dlu.. bru taw leh telan k x.. hu3

    ReplyDelete

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter