Tuesday, October 30, 2012

Makan Malam Timur Tengah

0
10:00 PM

Assalammualaikum teman :)

Saya nak kongsikan kepada teman-teman sebuah restoran arab yang saya pergi bersama teman rapat saya di Ampang. Ironinya kami ni memang suka makan.. hahaha. Alhamdulillah rezeki lebih Allah kurniakan kami pergi mencuba di sebuah restoran di Jalan Ampang berhadapan Petrol Pam Petronas sebelum Ampang Point. Restoran yang kami pergi namanya Restoran Hadramawt, sebuah restoran arab dan antara restoran terbaik yang menyajikan makanan timur tengah. 

Teksi
Jalan cerita bermula kami dari Bukit Bintang dengan membawa sebuah peta ke lokasi restoran kepada tuan teksi.. hahaha, untuk pertama kali juga sebagai warga Malaysia kami menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke sebuah tempat. Sebelum ni kami gune kenderaan sendiri atau train je sebab mudah mencari, tetapi kali ni sengaja menggunakan perkhidmatan awam sebab alasan adalah jalan tengah sesak dan tidak tahu nk ke restoran tersebut. huhuhu...

Salah Alamat
Dalam tempoh masa nak ke restoran ni kami dah buat lawak secara tidak sengaja dan secara tidak sengaja juga kami telah memalukan diri masing kerana salah restoran. hehehe. Kami telah menempah pada sebuah restoran tetapi kami pergi ke sebuah restoran yang lain. Rupe-rupenya pengetahuan baru yang kami dapat, Restoran Hadramawt ada lima buah di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Ampang. Bayangkan jalan penuh yakin masuk ke restoran agak mewah tetiba mereka cakap "Encik salah restoran, restoran ini lagi satu...salah alamat" fuhhhh.... dengan selamba, "terima kasih encik" alamak aiiii... memalukan..hu3.

'Second Pay'
1 perkara yang membuatkan kami betambah pening apabila teksi yang kami naiki sebentar tadi telah pergi meninggalkan kami jauh. Dengan keadaan lokasi restoran tersebut kami dah terfikir sukar untuk mencari teksi. "Macam mana nk cari teksi nih.." terpinga-pinga kami mencari teksi.. hehe. Mujur selang  dalam jarak kurang 50 meter kami terlihat sebuah petrol pam dan kebetulan ada 3 biji teksi mengisi NGV.. "Alhamdulillah...terima kasih ya Allah" :)

Dengan pantas terus menahan sebuah teksi dan memberikan peta yang kami bawa sebentar tadi. Lebih kurang jarak 1km kami sampai di Restoran yang sebenar. Seperti biasa bayaran kali kedua di buat kepada pak cik teksi.. hehehe...  (bnyak gak duit labur nk mkn kat restoran nih...dugaan-dugaan).

Juadah dan Layanan
Kami di sambut dengan mesra oleh penjaga kaunter ... hahaha (xd penyambut tetamu plak kat sini). "Can i help u sir?"... "Table for two please..."hehehe... asyik, macam dalam citer kat tv plak.. :) oke, pilihan makanan kami malam itu adalah Lamb Mendy, Sheesh Tawooq, Mixed Vegetable Stew dan Free Flow Ice Lemon tea. Makanan yang di hidang boleh tahan sedap, bersesuaian dengan harganya. Dengan persekitaran yang sangat menyenangkan kami menikmati makanan dengan tenang.

p/s : Kemudahan untuk solat juga ada disediakan dan sangat selesa :)... Selamat mencuba!! 

Restoran Hadramawt : No. 314, Jalan Ampang , Kuala Lumpur 50450 , http://www.hadramawt.com.my/
Waktu Perniagaan :  12.00 pm - 2.00am



Ruang Menunggu (sumber internet)
Ruang Makan (Sumber Internet)
Inilah Juadah Makan Malam Kami






About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter