Saturday, October 13, 2012

Kolaberasi Pertama antara Unisel dan Media Selangor

0
12:39 AM
Assalammualaikum dan salam sejahtera, semoga teman-teman semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah s.w.t. insyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. untuk pertama kalinya kerjasama antara Universiti Selangor dan Media Selangorku akan membuat 'Live Streamingt' Siaran Langsung Istiadat Konvokesyen ke Tujuh Universiti Selangor untuk paparan umum seluruh Malaysia dan Dunia. Saya dan teman sekerja gembira kerana berpeluang terlibat sama dalam kerjasama ini. Untuk rekod sebelum ini Universiti Putra Malaysia pernah membuat siaran langsung tetapi secara tertutup.



Baiklah kita berkenalan sedikit dengan media ini. Media Selangorku atau lebih dikenali sebagai Tv Selangor telah ditubuhkan secara rasmi pada Mac 2009 di dewan MBPJ di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Communication Corporation Sdn Bhd. Tv Selangor kemudiannya telah di jenama semula kepada Media Selangorku pada Mac 2012 dan berperanan sebagai lidah rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Media Selangorku mengeluarkan paparan berbentuk  artikel, video, program siaran langsung dan surat khabar 'Selangor Kini' yang diedarkan secara percuma. Laman sesawang rasmi Media Selangorku adalah http://www.selangorku.com, Facebook rasmi http://www.facebook.com/mediaselangorku Twitter rasmi http://www.twitter.com/mediaselangorku .

Selanjutnya kita sama-sama berkenalan dengan Universiti Selangor. Nama asal Universiti Selangor adalah Universiti Industri Selangor, lebih mudah dikenali dengan nama jolokan Unisel. Pusat pendidikan ini telah ditubuhkan sekitar Ogos 1999 oleh kerajaan Malaysia. Pada permulaan pengambilan pelajar hanyalah seramai 265 orang dan meningkat sehigga kepada 14,000 orang setelah lebih 10 tahun dibangunkan sebagai salah satu pusat pendidikan tinggi di Malaysia. Unisel memfokuskan pelajarnya kepada sektor industri, dengan menjalinkan kerjasama antara industri yang telah sedia ada Unisel banyak melakukan kajian dan pembangunan industri kearah yang lebih mampan. Kejayaan Unisel terbukti kerana melahirkan pelajar-pelajar yang mampu bersaingan dengan pasaran semasa apabila Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar menyatakan setakat ini produk keluaran Unisel antara yang terbaik di kalangan Universiti di Malaysia, 70% daripada pelajar yang telah menamatkan pengajian berjaya menempatkan diri di sektor-sektor pekerjaan di Malaysia. Setakat ini Unisel mempunyai 9 fakulti, 2 kampus, kampus utama di Batang Berjuntai dan kampus     bandar di Shah Alam.


Begitulah serba sedikit pengenalan tentang Media Selangorku dan Universiti Selangor. Siaran langsung Istiadat Konvokesyen akan bermula pada jam 8.00 pagi. Liputan secara langsung dari kampus induk Universiti Selangor di Batang Berjuntai akan keudara selama 2 hari iaitu pada13-14 Oktober 2012. Teman-teman boleh melayari http://www.selangorku.com dan klik 'Tv Selangor Live' untuk mengikuti acara yang berlangsung. Antara kewajaran Universiti Selangor membuat siaran langsung adalah kerana memberi peluang sanak saudara pelajar yang berada di dalam dan luar Malaysia untuk mengikuti Istiadat Konvokesyen, selain itu juga pihak Universiti dapat menerangkan berkenaan visi dan misi Universiti Selangor.


About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter