Tuesday, October 2, 2012

Perhubungan dan Ikatan Jodoh

0
9:29 PM

'Jodoh' ia adalah satu perkataan yang sangat subjektif, baik pada yang bujang atau yang sudah berpunya. Setiap orang ada pengalaman dan kisah tersendiri, ada jodoh hadir dalam masa yang singkat, ada juga dikalangan kita yang jodohnya lewat. Segalanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Jodoh itu terbahagi kepada tiga jenis:
1) JODOH DARI SYAITAN 
Lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JINLelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAHIaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Dalam hidup berpasangan ada banyak faktor yang mempengaruhi perhubungan, hal ini kerana setiap dari pasangan melalui cara hidup berpasangan yang berbeza. Yang utama dalam berpasangan haruslah ada sifat jujur, ikhlas dan percaya. Sifat utama ini banyak mempengaruhi pasangan tidak kira kita dalam persahabatan, kekeluargaan, suami isteri ataupun bila kita berhadapan dengan orang luar. Kerana sifat ini adalah cermin diri kita yang sebenar.
Ada beberapa faktor lain yang dapat membantu kita dalam perhubungan antaranya adalah memahami, pemaaf dan juga memotivasi. Dalam huraian 'jodoh' persefahaman adalah faktor besar yang sangat mempengaruhi sesebuah pertalian. Mengapa saya mengatakan demikian, setiap daripada pasangan sangat memerlukan pasangan yang sangat memahami dirinya baik  lelaki atau perempuan. Sebagai contoh dalam institusi kekeluargaan si anak sangat inginkan ibu dan bapanya memahami diri mereka begitulah selanjutnya. Banyak permasalahan bakal berlaku jika persefahaman ini tiada dalam sesebuah hubungan yang dibina.


Adalah sukar untuk menjadi manusia yang rendah diri, mudah memaafkan, dan tidak berkira. Walaubagaimana pun ini lah hakikat yang kita semua perlu perhalusi dengan lebih terperinci dengan mempersoalkan dahulu kepada diri kita sebelum mempersoalkan kepada pasangan kita. Faktor yang banyak mempengaruhi kurangnya sifat pemaaf dalam diri kita dalah ego. Ego adalah penentang utama dalam diri kita daripada menjadi seorang yang pemaaf. Ada beberapa panduan untuk kita menjadi seoarang yang pemaaf dalam pehubungan:
1. Kita akui bahawa kita ini manusia yang lemah, yang tidak dapat berpisah daripada melakukan kesilapan dalam sengaja atau tidak sengaja.
2. Jangan kita terus menuding kepada pasangan atas sesuatu kesilapan atau salah faham yang berlaku. Tetapi kita letak dahulu kesilapan itu kepada diri kita, hal ini kerana tujuan Allah menjodohkan kita kepada pasangan kita adalah untuk melengkapi diri kita dan diri dia.
3. Jangan kita marah pasangan kita dengan melulu boleh jadi ia akan membuat situasi yang mudah menjadi lebih sukar. Sebaliknya bawa pasangan kita duduk dan berbicara dengan lemah lembut dan rendah diri.
4. Banyakan istighfar dan jadikan ia sebahagian daripada zikir harian kita, kerana secara psikologi sebutan 'Astaghfirullahalazim' itu membawa kita kepada dasar bahawa kita adalah milikNya sepenuhnya, mengapa kita melampaui diri kita dan pasangan kita.
Faktor terakhir adalah memotivasi, keperluan motivasi dalam kehidupan seseorang sangat penting untuk membawa dirinya maju kehadapan. Begitu juga keperluan dalam perhubungan, bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan, percintaan, perjuangan, kepimpinan tetapi keseluruhan kehidupan kita. Dalam konteks 'jodoh' pula, motivasi dihuraikan dari sudut keperluan mengatasi permasalahan seperti tekanan dalam perhubungan. Keyakinan diri kita akan tergugat kepada pasangan kita apabila permasalahan berlaku, hal ini adalah kerana kekuatan motivasi dalam diri kita terlalu lemah. Apabila kita dihimpit dengan masalah fikiran kita akan bermain dengan emosi yang tidak seimbang. Oleh yang demikian, memotivasikan diri adalah keutamaan dalam berhadapan apa jua masalah yang sedang kita hadapi. Setakat ini dulu daripada saya semoga ada kebaikan yang dapat diambil dalam penulisan kali ini. "Kesedaran sahaja tidak cukup jika tindakan tidak ambil"
***Buah Tangan Untuk Pembaca

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter