Tuesday, February 7, 2012

Kuliah Magrib Khas Bersama Ustaz Azhar Idrus @ Masjid Negeri Shah Alam

0
10:08 PM
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Alhamdulillah pada 29 Januari 2012 yang lepas dengan izin Allah s.w.t. aku dan rakan sekerja telah berjaya menyempurnakan tugas pertama kami sebagai pekerja yang menjawat jawatan di unit penyiaran sebuah syarikat swasta. Walaupun kami cuma bersiaran di laman sesawang tetapi cabaran dan dugaannya besar bagi kami untuk memuaskan keseluruhan penonton laman sesawang kami.
Sebuah program berkonsep keagamaan peringkat negeri Selangor telah berjaya kami jayakan dengan sokongan daripada kakitangan Masjid Sultan Salahuddin Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam Selangor. Program jemputan syarahan agama oleh yang berbahagia Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat Shah Alam dan luar dari Shah Alam. Subahanaallah aku dan teman sangat terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap kuliah agama yang di bicarakan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Kerjasama
Dalam kepadatan manusia memenuhi terlintas di kepala ku apakah kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada Ustaz Azhar Idrus sehinggakan aura daripada setiap kuliahnya mendapat sambutan yang sangat besar. Untuk pada kali ini kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan lebih 30,000 jemaah yang hadir dan 15,000 yang menonton secara lansung menerusi laman sesawang "U-Stream" Masjid Negeri dan lebih 20,000 yang menonton  melalui laman sesawang TVSelangor.com.
Bagi aku dan teman tugasan kali ini bukanlah sekadar keseronokkan yang kami cari tetapi merupakan pengalaman pertama untuk kami semua melalukan tugasan besar ini tanpa pemantauan mereka yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah kami berjaya memuaskan pihak syarikat, pihak masjid negeri dan diri kami sendiri. Pengalaman seperti ini tiada yang lebih bernilai melainkan ilmu yang dapat kami kutip sepanjang tugasan berlangsung. Kerjasama dalam kumpulan adalah perkara paling pokok dalam setiap tugasan yang harus laksanakan.

Walaupun siapa kita, sebesar mana pun jawatan kita, sehebat mana pun kemahiran dan setinggi mana pun ilmu kita di dunia ini kita tidak dapat mencapai sesuatu kejayaan seorang diri kerana setiap perkara, setiap sesuatu yang berlaku adalah berlandaskan perkataan kerjasama. Walaupun kita hendak membeli sesuatu yang sangat bernilai untuk anak yang tersayang, tanpa kerjasama daripada penjual kita tidak mampu untuk memilikinya.
p/s: "Wamakara Wamakarallah"... Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha-usaha kami dan menghimpunkan lebih lagi kebaikan dalam diri kami sehingga akhir hayat kami. InsyaAllah.


Link Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus



About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter