Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih Abah

2
9:29 AM
Mei 1989
Di kala malam gulita
Seorang tua membanting tenaga...
Keringtanya untuk menyara tujuh orang anaknya

Hembusan bayu darat
Bersilih ganti dengan deruan ombak di lautan
Mengingatkan si tua kepada sang anak dan isteri
Yang menanti pulangan rezeki dari Illahi
Ibarat kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang

Kehidupan sebagai peneroka di era 80-an
Adalah sangat sukar
Berbekalkan ilmu nelayan yang diwariskan oleh keluarga
Si tua nekad meneruskan penghidupan sebagai nelayan
Demi memenuhi keperluan kehidupan insani


JAM8023
Inilah teman sejati
Membawa si tua kemana sahaja tujunya
9 batu perjalanan 
Dari daratan ke pengkalan
Tidak pernah rasa jemu berkhidmat kepada si tua

Tiba-tiba
Suasana yang tenang bertukar tegang
Dentuman kenderaan memecah suasana
Si tua tiada sedarkan diri akan peristiwa yang terjadi
Dek kerana kecelakaan yang menimpa diri

Kini pilu pula datang menyelubungi
Tiada kata mampu di ungkap
Hanya doa menjadi penguat jatidiri

Si tua yang dulunya berjuang mencari rezeki tanpa henti
Kini perjuangnya telah terhenti 
Terlantar di Hospital Sultanah Aminah selama 2 bulan lamanya
Menguatkan semangat si isteri mengambil tempat sebagai ketua keluarga

Berulang setiap hari dari Kota Tinggi ke Johor Bahru
Menggengdong si anak dalam kandungan
8 bulan usia kandungan bukan lah rintangan
Untuk berbakti si tua yang di cintai

Kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi
Seperti setianya Zulaikha pada Yusuf
Seperti pelangi menunggu hujan reda

Di tiupkan semangat oleh sang isteri
Akan lahirnya si anak dalam kandungan
Menjadi penguat si tua untuk menempuh rasa lemah dalam diri

Di ungkapnya si tua pada si isteri
Jika lahirnya dia seorang lelaki
Berilah dia nama Nadi
Sebagai tanda penyambung nyawa lahirnya dia di bumi ini

28 Julai 1989
Si tua gembira sekali
Kerna lahirnya penyambung nyawa yang di nanti
Kesedihan yang dulunya terpalit di hati
Kini menjengah pergi

Terima kasih abah kerana menyambut si anak dengan rasa insani 
Tanpa ketabahan dirimu mungkin tiada upaya untuk si anak menyemai bakti
Demi menghargai setiap lelah engkau membesarkan kami.

Terima Kasih Abah


nukilan insani : nadi






About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. terharu baca sajak awk....kalau lah pakcik hj karusan dapat baca...mst dia bangga dgn awk..smoga menjadi anak yg baik..anak yang sentiasa menyemai baktinya :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... terima kasih :-)sy juge mendoakan smoga kamu menjadi anak yg baik dan soleha, insyaAllah ^_^

    ReplyDelete

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter