Friday, August 20, 2010

rAmDan Bulan bEngKel KeroHaniAn

1
5:15 PM

Sesungguhnya bulan Ramadan boleh kita sifatkan sebagai Madrasah atau Bengkel Kerohanian, dengan programnya yan telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul. Disamping itu, ia mempunyai beberapa nama dan setiap nama itu menunjukkan tentang kelebihan keutamaan yang terdapat dalam Bulan Ramadan.

Salah satu nam ayan amat popular dalam kalangan umat islam ialah Ramadan dikenali sebagai 'Syahrus Siyam' atau 'Bulan Puasa', kerana pada bulan inilah telag difardhukan ibadah puasa, yang menjadi salah satu daripada lima Rukun Islam.

Nama-nama lain sebagai gelaran bagi bulan Ramadan adalah seperti :
  • Syharullah : Bulan Allah
  • Syahrul-Alai-i : Bulan yang penuh dengan kenikmatan
  • Syahrul Quran : Bulan diturunkan Al-Quran
  • Syahrun-Najah : Bulan Pembebasan daripada api neraka atas para mukminin dan mukminat yang menghayati Ramadan dengan berpuasa pada waktu siang dan melakukan pelbagai ibadah pada waktu malam seperti solat sunat tarawih, tadarus Al-Quran dan lain-lain lagi.
  • Syahrul-Jud : Bulan untuk bermurah hati dengan memperbanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin serta orang-orang yan memerlukan bantuan.
  • Syahrul-Munawasah : Bulan memberi pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan pertolongan.
  • Syahrut-Tilawah : Bulan digalakkan membaca Al-Quran kerana mengharapkan rahmat dan hidangan Allah Azza wa Jalla.
  • Syahrus-Sobri : Bulan meningkatkan sifat sabar dengan mematuhi titah perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
  • Syahr al-Rahmah : Bulan Allah melimpahkan rahmat atau kasih sayang-Nya kepada orang-orang beriman.
  • Syah al-a'd : Bulan yang di akhiri dengan hari raya, sebagai tanda kwsyukuran atas kemenangan menundukkan nafsu selama sebulan.
bersambung....

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

1 comment:

  1. semoga kite mndapat keberkatan pada bulan yg mulia ini.... :)

    ReplyDelete

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter