Terima Kasih Abah
2Mei 1989
Di kala malam gulita
Seorang tua membanting tenaga...
Keringtanya untuk menyara tujuh orang anaknya
Hembusan bayu darat
Bersilih ganti dengan deruan ombak di lautan
Mengingatkan si tua kepada sang anak dan isteri
Yang menanti pulangan rezeki dari Illahi
Ibarat kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Kehidupan sebagai peneroka di era 80-an
Adalah sangat sukar
Berbekalkan ilmu nelayan yang diwariskan oleh keluarga
Si tua nekad meneruskan penghidupan sebagai nelayan
Demi memenuhi keperluan kehidupan insani
JAM8023
Inilah teman sejati
Membawa si tua kemana sahaja tujunya
9 batu perjalanan
Dari daratan ke pengkalan
Tidak pernah rasa jemu berkhidmat kepada si tua
Tiba-tiba
Suasana yang tenang bertukar tegang
Dentuman kenderaan memecah suasana
Si tua tiada sedarkan diri akan peristiwa yang terjadi
Dek kerana kecelakaan yang menimpa diri
Kini pilu pula datang menyelubungi
Tiada kata mampu di ungkap
Hanya doa menjadi penguat jatidiri
Si tua yang dulunya berjuang mencari rezeki tanpa henti
Kini perjuangnya telah terhenti
Terlantar di Hospital Sultanah Aminah selama 2 bulan lamanya
Menguatkan semangat si isteri mengambil tempat sebagai ketua keluarga
Berulang setiap hari dari Kota Tinggi ke Johor Bahru
Menggengdong si anak dalam kandungan
8 bulan usia kandungan bukan lah rintangan
Untuk berbakti si tua yang di cintai
Kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi
Seperti setianya Zulaikha pada Yusuf
Seperti pelangi menunggu hujan reda
Di tiupkan semangat oleh sang isteri
Akan lahirnya si anak dalam kandungan
Menjadi penguat si tua untuk menempuh rasa lemah dalam diri
Di ungkapnya si tua pada si isteri
Jika lahirnya dia seorang lelaki
Berilah dia nama Nadi
Sebagai tanda penyambung nyawa lahirnya dia di bumi ini
28 Julai 1989
Si tua gembira sekali
Kerna lahirnya penyambung nyawa yang di nanti
Kesedihan yang dulunya terpalit di hati
Kini menjengah pergi
Terima kasih abah kerana menyambut si anak dengan rasa insani
Tanpa ketabahan dirimu mungkin tiada upaya untuk si anak menyemai bakti
Demi menghargai setiap lelah engkau membesarkan kami.
Terima Kasih Abah
nukilan insani : nadi
terharu baca sajak awk....kalau lah pakcik hj karusan dapat baca...mst dia bangga dgn awk..smoga menjadi anak yg baik..anak yang sentiasa menyemai baktinya :)
ReplyDeleteinsyaAllah... terima kasih :-)sy juge mendoakan smoga kamu menjadi anak yg baik dan soleha, insyaAllah ^_^
ReplyDelete