Saturday, October 6, 2012

Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Antara Kejayaan Yahudi Dan Pengabaian Sunnah

2
12:53 AM
Alhamdulillah pada hari ini saya dapat menghadirkan diri dalam sebuah majlis ilmu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sangat bermakna. Majlis ilmu dimulakan dengan pembuka bicara daripada Dato Dr. Haron Din tentang erti cinta kepada Rasulullah s.a.w. Kecintaan para sahabat tiada tandingannya jika kita bandingkan dengan umat zaman kini, antara kisah yang dapat kita imbaukan semula adalah bagaimana kecintaan Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan Baginda s.a.w. Bilal bin Rabbah terlalu sedih sehinggakan tidak mampu untuk melaungkan azan kerana terkenang Baginda s.a.w. sentiasa akan berada di belakang Bilal bin Rabbah ketika beliau melaungkan azan. Semudah yang dapat disimpulkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. serta ajaran yang Baginda s.a.w. adalah dengan melakukan semampu yang diri kita dapat lakukan dengan mengajak kepada kabaikan dan menolak kemungkaran serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.



Umat islam zaman ini telah dikepung dari seluruh aspek, termasuk diberi tekanan melalui kekasih Allah s.w.t. Tujuan utama adalah untuk melihat tindak balas umat islam. Antara cara umat islam mnunjukkan haibah (marah) adalah dengan cara demonstrasi walaubagaimana pun ada dikalangn ulama tidak bersetuju dengan berdemonstrasi. Sesungguhnya cemuhan dari bukan islam terhadap umat islam adalah berpunca daripada kelemahan umat islam yaitu kurangnya taqwa dan sabar.

"Sesungguhnya kami jadi Manusia ini sebaik2 kejadian". 

"Umat Muhammad adalah sebaik2 umat yg suka kpd kebaikkan". 


Kegemilangan islam di zaman Muhammad s.a.w. sehingga ke zaman Uthmaniah adalah kerana pemerintahan pada zaman ini berjaya membentuk 8 golong utama yang membawa ummah. Kumpulan golongan ini memainkan peranan penting dalam pebangunan ummah. Ijtihad mereka yang tidak lari daripada mengutamakan Allah, Rasul dan ajaran Islam telah mengangkat ummah pada zaman ini ke persada dunia.

Golongan yang di nyatakan adalah :

1. Kebijksaan para pemimpin 
2. Ulama 
3. Pekerja (Seperti Para Pendidik)
4. Para syuhada 
5. Salafulsoleh 
6. Daie 
7. Orang kaya 
8. Rahim ibu yang solehah. 


Peranan 8 golongan ini menyebarkan sehingga menjulang Islam sehingga Islam tersebar di China, Rom dan Parsi berjaya ditundukan dan ummah terus terjaga sehingga ke zaman pemerintahan bani uthmaniyyah. 

 "Allah memuliakan kita dengan Islam jika mencari kemuliaan selain drpd Islamy, Allah akan menghija kita" Umar r.a. 


"Tidak akan reda kaum yahudi dan nasara shingga umat islam mengikut spt apa yg mereka khendaki"

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter