Pages

Thursday, October 11, 2012

E-Risalah : Lebih 5 Juta Rakyat Selangor Menikmati Air Percuma

Selamat sejahtera saya ucapakan kepada semua :) Oke, kita santai ye.. Hari ini sedang saya berjalan-jalan di 'internet' saya terjumpa e-risalah dari Kerajaan Selangor. Risalah ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat Selangor khususnya berkenaan Program Pemberian Air Percuma. Saya bukan rakyat Selangor asli tetapi saya adalah permastautin yang menetap lebih 6 tahun di Selangor. Secara peribadi saya menyokong usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor kerana usaha ini telah meringankan beban utilitis yang perlu ditanggung setiap penduduk rakyat Selangor. Saya tidak bercakap pada sudut pandang politik kepartian tetapi ini adalah hakikat yang telah dinikmati lebih 5 juta rakyat Selangor berkenaan program Pemberian Air Percuma. Walaupun cuma RM11.70 rebat yang diberikan bersamaan 20 meter padu air tetapi ia bermakna terutama kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan yang sangat rendah. Program ini khusus kepada semua penduduk di negeri Selangor yang mengunakan meter individu (iaitu satu rumah satu meter) bagi yang mengunakan meter pukal seperti penduduk flat kos rendah mereka harus memohon kepada SYABAS untuk melakukan mignasi iaitu menukar daripada meter pukal kepada meter individu. Semoga e-risalah ini bermanfaat untuk teman-teman.

p/s: Kategori miskin tegar di selangor adalah berpendapatan isi rumah bawah RM1500.00 ~_~



No comments:

Post a Comment