Monday, March 26, 2012

GOLONGAN BENAR DAN GOLONGAN TERSESAT DARI JALAN KERUHANIAN

0
10:00 PM
Berikut adalah petikan kata2 mutiaras dari Al-Ghawthul A'zham, Qutb-ar-Rabbaniy, Muhyiddin Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه  

Penjelasan istilah Arab:

Al-Ghawthul A'zham - adalah gelaran yang diberikan oleh Ulama2 kepada Imam Jilani di atas ketinggian Kewalian beliau. Maknanya "penolong yang besar" 

Qutb Rabbaniy - Wali Qutb yang memiliki sifat2 kesucian.


Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian menuju Allah (salikin) terbahagi kepada dua bahagian atau kaum. Golongan pertama adalah yang termasuk ke dalam kumpulan Ahlus Sunnah; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taqlid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. 


Inilah jalan keruhanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Mereka adalah kaum pencinta Allah yang sebenar! 

Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari Qiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafiq. 

Golongan kedua adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bida'ah. Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi peringatan , “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bida'ah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para sahabatku”. 

Golongan sesat ini banyak. Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian : 

1. Hululiyyah – Mereka percaya mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik yang menggiurkan nafsu dan mendorong kepada perzinaan ; samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut. 

2. Haliyyah – Mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi صلى الله عليه وسلم yang dalam tindak tanduk mematuhi hukum agama. 

Gambar Hiasan
3. Awliya’iyyah – mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah. Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Awlia Allah. Menurut mereka, Apabila telah menjadi Aulia' Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain2 Ibadah. (Kononnya semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.) Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran. 

4. Syamuraniyyah– Mereka percaya kalam (perkataan) Allah adalah kekal dan barangsiapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau syari'at Agama. Mereke tidak peduli halal atau haram. Dalam ibadat mereka menggunakan muzik. Perempuan dan lelaki bercampur gaul. Tiada beza lelaki dan perempuan, Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur'an. 

5. Hubiyyah – Golongan ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang2 mereka bertelanjang bogel. Tiada lagi perasaan malu. Inilah ajaran sesat dan menyesatkan. 

6. Huriyyah – Gemar berteriak , memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri. 

7. Ibahiyyah– Enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghalalkan yang haram. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki. Ini ternyata golongan sesat yang akan menerima siksaan pedih! 

8. Mutakasiliyyah– Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah. Mereka berangapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Maka musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka. 


9. Mutajahiliyyah – Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman, 

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ 

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Hud: 113) 

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “ Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka mereka di kira sebagai ahli kaum itu”. 

10. Wafiqiyyah – Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Dengan ini mereka enggan berusaha mencari hakikat kebenaran. Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan kesesatan. 

11. Ilhamiyyah – Golongan yang mementingkan ilham (semata2). Tidak mahu menuntut ilmu. Mereka melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka. Mereka gunakan puisi karangan mereka sebagai ganti kepada Qur'an. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi. Maka jadilah mereka sesat! 

Demikian banyak ajaran2 sesat dari Guru Sufi Palsu (Guru menyamar sebagai ahli Sufi, bukan Sufi dalam ertikata sebenar) 

(tamat petikan Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtahju Ilayhil Abrar) 

Golongan2 tersesat dari jalan Keruhanian (jalan kesufian yang sebenar) yang di sebutkan oleh Imam Jilani رضي الله عه ; seperti di atas adalah golongan yang wujud pada zaman beliau. Kelompok2 ini terus wujud sehingga sekarang dan akan terus wujud sehingga akhir zaman kerana pada hakikatnya mereka adalah kelompok2 yang mengikuti bisikan Iblis La'natullah yang sedaya upaya menyesatkan menusia! 

Sebahagian dari kelompok ini mempunyai pemimpin (guru) yang menggunakan ilmu sihir untuk mengawal murid2nya. Adakalanya guru ini akan memperlihatkan berbagai perbuatan sihir yang mencarikkan adat , kononnya itulah karamah dari Allah padahal semua itu daripada jinn dan syaitan...! 

Melihat berbagai kehebatan gurunya dan juga di dalam keadaan tidak sedar (disebakan penguasaan sihir), murid2 ini akan mengikut sahaja segala kata2 Gurunya walaupun menyalahi syari'at . Mereka sanggup menghabiskan wang pendapatan mereka untuk Guru mereka semata2 mengharapkan sebuah 'janji' yang selalu di ungkapkan oleh Guru ini.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi guru ini walaupun berkorban nyawa. Begitulah ta'sub buta yang menguasai diri mereka ini.

Bukti contoh2 seperti ini sudah banyak dalam masyarakat Islam. Namun lazimnya penyelewengan kumpulan2 ini akan terdedah hanya setelah sekian lama guru batil ini menyesatkan banyak orang2 Islam.

Maka waspadalah wahai Ummat Islam, jangan mudah terpedaya dengan berbagai 'pertunjukan' kehebatan seseorang guru, tetapi periksalah berdasarkan syarat2 seorang Guru Keruhanian yang sebenar sebelum menjadikannya pemimpin keruhanian kita! 

Kesalahan di dalam memilih guru akan membawa padah bukan saja di dunia bahkan akan membawa kemusnahan di akhirat.

Wal Iyazubillah! 

Wallahu A'lam



About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter