Pages

Tuesday, February 1, 2011

Nota Cinta

Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Gambar Hiasan

Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Gambar Hiasan

Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,

2 comments:

  1. salam saudara nadi, sy ad satu pendapat yg nk dikongsi bersama....rasa nya mmg sukar bagi kita seorang hamba yang jahil utk menulis sebuah nota cinta buat penciptanya. tapi kita mampu membalas cintaNya. Mcm mn?? melalui bacaan love latters(Quran) yang dikirimNya melalui kekasihNya (Rasulullah). Xperlu banyak ckup if kita juz cope 1 page per day. Tapi kalau mampu lebih2 lg lah kn...Sesungguh nya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datang nya dari kelemahan diri kita sendiri...wa allah hualam... =)

    ReplyDelete
  2. As-Salam, saudari Amelia, terima kasih kerana sudi komen blog sy ni yg hakikat yer sy lbh banyak salin dan tampal "copy n paste". ya.. sangat sukar mencari redha Illahi, mencari kemanisan iman.. benar ckp kamu, dgn membaca al-Quran kita bisa mendakati Maha Pencipta kita dgn lebih dekat. Lebih baik jika juga pelajari memahaminya menerusi tafsir2 al-Quran. sy mencadangkan bermula dgn surah2 lazim dahulu. bila kita membaca n memahami ia lebih bermakna.. semoga Allah memberkati usaha kita membina agama-Nya.. pd hari ni kita membina utk diri kita, insyaAllah 1 ari mungkin kita bisa membina agama-Nya utk keluarga kita (family, adik beradik, saudara mara) insyaAllah, jazakallah.

    ReplyDelete