Friday, January 27, 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

0
1:05 AM
Assalammualaikum kawan-kawan sekalian. Alhamdulillah aku sangat gembira dapat pulang ke laman ini kerana sudah lama rasanya tidak berkarya di laman maya ini. Aku mendoakan kebahagian dan kesihatan kepada kalian semua. Muharram telah pun berlalu, kini kita sedang meniti di bulan Rabiulawal, begitu juga tahun masihi yang silih berganti. Begitu jugalah kita berdoa kepada-Nya mengharapkan perubahan kepada kebaikan, amal dan ilmu yang silih berganti menyokong dan melengkapi roh dan jasad kita agar tidak kita biarkan ia berlalu pergi kosong..


Tahun ini adalah tahun ketiga aku sebagai pejawat swasta disebuah syarikat yang terletak di pusat bandar Shah Alam. Tahun ini adalah cabaran besar untuk diriku kerana secara logiknya tahun ke tiga seharusnya mampu mempratikan kemahiran dan pengalaman dengan baik. Alhamdulillah, hanya dengan izin dari-Nya aku yakin aku mampu mengatasi dan melalui setiap liku karier ku ini. Semoga Allah memberkati usaha-usaha yang aku dan teman-teman lakukan.




Cabaran adalah sangat diperlukan untuk membuatkan diri kita lebih agresif dan teliti dalam setiap kerjaya yang kita ceburi. Setiap ilmu yang kita pelajari akan lebih indah apabila kita mampu melakarkan semula dalam kehidupan kita dan seterusnya mencorakkan ilmu itu dengan berlatarkan pahit getir serta kejayaan yang silih berganti. Pepatah arab ada mengatakan "Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon yang tiada buah" . Begitu akrabnya hubungan antara ilmu dan amal.


“Barangsiapa ingin berjaya di dunia, maka wajib baginya menguasai ilmu; barangsiapa ingin berjaya di kehidupan akhirat maka wajib baginya menguasai ilmu; barangsiapa ingin berjaya di dunia dan akhirat, maka wajib baginya menguasai ilmu.” (Hadits riwayat Al Bukhari)





Aku berdoa menadah tangan ke hadrat Allah swt semoga sentiasa menetapkan hatiku ini, mengurniakan diriku dengan sifat sabar dalam menempuh setiap ujian dan cabaran dari-Nya, sentiasa dipelihara nikmat iman dihiasi dengan sifat taqwa kepada-Nya dan janganlah Engkau ya Allah memesongkan hatiku ini setelah Engkau menganugerahi hidayah-Mu.


"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)". (Doa' Iftitah)



About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments:

Info Klik

Twitter@nadikarusan

    follow me on Twitter