Pages

Saturday, September 17, 2011

Cinta



Assalammualaikum, apa khabar kalian semua. lama sungguh rasanya tidak melewati web persendirian ini (blog). Aku di sini alhamdulillah sihat. Dikesempatan ini aku hendak kongsikan sedikit ilmu tentang "Cinta" yang telah saya baca daripada artikel-artikel cinta.. Selamat membaca =)

Cinta adalah sebuah perasaan yang wujud pada setiap manusia dan ianya adalah fitrah hidup dan tidak dapat dielakkan.

Menjadi kewajipan kepada setiap pasangan percintaan antara seorang lelaki dan wanita agar menghiasi cinta mereka dengan akhlak-akhlak yang telah digarispandukan oleh Islam.

Cinta semata-mata tanpa akhlak akan membawa kepada kerosakan pada diri pasangan.

Haram setiap percintaan yang dibina di atas dasar sekadar suka-suka, bahkan perlulah diletakkan perkahwinan sebagai tujuan utamanya.

Sesungguhnya cinta itu bukanlah sesuatu yang keji, bahkan ianya adalah suatu ikatan yang suci yang mana boleh mengukuhkan ikatan di antara pasangan apabila mereka berkahwin.

Percintaan sebelum perkahwinan adalah sesuatu yang menarik, dan ianya adalah lebih baik sekiranya berterusan selepas perkahwinan.

” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa. “(Al-Furqaan : 74)

Wallahua’alam....

No comments:

Post a Comment